Sunday, 5 July 2015

GEMPAR!!! PANSS!!! TESCO JUAL MUG DARITULANG BABI?....

Tesco Selamba Jual Mug Dari Tulang Babi?

 
Tesco Selamba Jual Mug Dari Tulang Babi?

Bagi peminat tegar pinggan mangkuk dari China, mereka tentu maklum sesetengah produk yang dianggap bermutu diperbuat daripada kisaran halus tulang haiwan.
Tulang haiwan yang biasa digunakan pula tak lain tak bukan, khinzir selain daripada lembu.
Hasil penggunaan tulang haiwan ini pinggan mangkuk kelihatan putih bersih, tidak seberat seramik biasa dan tahan lama.
Di bawah adalah hukum menggunakan pinggan mangkuk jenis ini mengikut fatwa dikeluarkan JAKIM.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan ba.bi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.
Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.
Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.
Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan.
Daripada sini jelaslah, produk ini TIDAK HALAL digunakan umat Islam kecuali binatang digunakan disembelih mengikut hukum syarak.
Masalahnya binatang di China tu disembelih ikut syarak ke? Sah-sah payah nak jumpa yang macam tu kot..
Jadi kesimpulannya, produk begini tidak sepatutnya dijual berleluasa kepada masyarakat Malaysia yang rata-rata beragama Islam.
Justeru tindakan sebuah pasar raya terkemuka di Selayang menjual mug daripada jenis ini dipertikaikan oleh seorang pelanggan yang memuat naik status di atas di Facebook.
Apa yang dikesalkan, terdapat unsur cuba memperdayakan pelanggan beragama Islam apabila barkod mug ini ditampal pada jenama yang menunjukkan bahawa ia diperbuat daripada tulang haiwan.
Tesco Selamba Jual Mug Dari Tulang Babi?
Sekiranya benar dakwaan ini maka pasar raya terbabit harus menarik balik produk terbabit dari rak atau mengasingkannya di bahagian non-halal.
Ia mungkin kelihatan remeh bagi sesetengah pihak namun bagi mereka yang berpegang teguh pada hukum Islam, perkara ini amat sensitif dan boleh menimbulkan kemarahan.
Aatah lagi hukum dan fatwa dikeluarkan JAKIM sepatutnya dijadikan garis panduan oleh semua pihak demi kemaslahatan umat Islam negara ini. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

PANAS!!! NAK JIMAT JANGAN BALIK KAMPUNG RAYA INI!!!...

Netizen ‘Ketawa’ Tips ‘Nak Jimat, Jangan Balik Kg Raya Ini’

 
2123737889_1c87537dfb

SEORANG perunding kewangan menjadi ‘bahan ketawa’ netizen selepas memberi saranan kepada warga kota jangan pulang ke kampung halaman pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Saranan itu dibuat oleh Syed Abdul Aziz Al-Qubra ketika ditemu bual dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) berkenaan isu Celik Kewangan: Gaji Oh Gaji yang disiarkan sebuah stesen televisyen.
tahun ini, cuba jangan balik kampung. Pertama, jimatkan minyak, minyak dah naik 10 sen. Kedua, tol. InshaAllah, saya pun tak tahu. Dah naik rasanya. Yang ketiga, kalau dah ramai-ramai mesti tidur di hotel.
“Trend orang sekarang balik raya, tak tidur rumah mak bapa lagi. Sempitlah, itulah, maka tidur hotel, belanja bertambah,” ujarnya.
Cadangan yang disifatkan tidak masuk dek akal itu menerima kritikan netizen yang rata-ratanya menghamburkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Syed Abdul Aziz Al-Qurba.
Tambahan pula, musim perayaan adalah masa untuk bersama keluarga dan menziarahi sanak-saudara.
Maka, sudah jelas bahawa idea untuk tidak pulang ke kampung semata-mata untuk berjimat adalah tidak munasabah.
Berikutan itu, ada yang menyifatkan sebagai seorang yang berilmu, Syed Abdul Aziz sepatutnya lebih mengetahui tentang kelebihan dan keperluan balik kampung di musim perayaan.
– MYNEWSHUB.CC