Sunday, 18 October 2015

Corak Tapak Selipar Tertulis Kalimah Allah Cetus Kemarahan!!!


Ratusan Ribu Pasang Selipar Ada ‘Kalimah Allah’ Di Indonesia


367

323Shares
JAKARTA – Sebuah syarikat Indonesia, PT Pradipta Perkasa Makmur (PPM) mendakwa pihaknya secara tidak sengaja menghasilkan ratusan ribu selipar jenama Glacio siri G-2079, dengan ‘kalimah Allah’ di bahagian tapaknya.
Anak pemilik syarikat tempatan itu, Long Hwa, berkata pihaknya menghasilkan selipar itu sejak setahun lalu, bahkan berjaya memasarkan produk itu ke seluruh Indonesia, termasuk wilayah padat penduduk, Jawa Timur.
Menurut Hwa, sejak menghasilkan selipar berharga 10,000 rupiah (kira-kira RM3) sepasang itu, syarikatnya tidak pernah langsung menerima sebarang aduan daripada para pelanggan khasnya yang beragama Islam selama ini.
Namun bulan ini, dia diberitahu bahagian tapak kaki selipar itu bermasalah dan sebaik sahaja dimaklumkan ada kalimah Allah di bahagian tapaknya yang mungkin ‘menyusahkan’ umat Islam, maka PT PPM memohon maaf.
Kata Hwa, selipar tersebut sebenarnya dihasilkan dengan menggunakan acuan cetak yang dipesan PT PPM khas dari China serta meliputi pelbagai saiz dan warna itu sudah lama berada di pasaran seluruh Indonesia.
“Sebelumnya kami tidak tahu. Ini bukan dilakukan sengaja. Justeru, melalui PWNU (Pengurus Wilayah Nahdhatul Ulama) Jawa Timur, saya selaku anak pemilik perusahaan, meminta maaf khususnya dari umat Islam,” kata Hwa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita tempatan semasa proses memusnahkan sejumlah 10,000 pasang selipar jenis tersebut di pejabat PWNU Jawa Timur, Jalan Masjid Al Akbar Surabaya pada 13 Oktober lalu.

Baca: Corak Tapak Selipar Tertulis Kalimah Allah Cetus Kemarahan

selipaa
Selipar santai berkenaan jelas Hwa, dilaporkan amat laris dalam kalangan masyarakat dan mudah didapati di pasaran Jawa Timur, kerana kilang perusahaan PT PPM kebetulan di Jalan Wringin Anom, Gresik dekat sini.
“Untuk itu, melalui PWNU Jawa Timur ini, kami selaku pemilik perusahaan meminta maaf kepada saudara-saudara umat Islam, atas ketidaktahuan kami ini,” ujarnya lagi yang dipetik stesen Channel NewsAsia Singapura.
Ekoran sudah terlanjur dijual di pasaran, Hwa memberitahu para pelanggan yang membeli selipar dengan kalimah Allah itu supaya segera mengembalikannya ke syarikat itu atau ke kedai di mana mereka membelinya.
“Selipar yang dikembalikan itu akan segera dimusnahkan. Kami malah akan menggantikannya dengan yang baharu atau mengembalikan wangnya balik kepada pelanggan jika tiada stok bersesuaian,” jelas Hwa.
PWNU Jawa Timur juga menerima surat permohonan maaf PT PPM pada 12 Oktober lalu dan meminta pemilik syarikat itu agar datang ke Surabaya untuk membakar selipar berkenaan di hadapan warga Surabaya sendiri.
Proses pemusnahan 10,000 pasang selipar itu telah diadakan pada Selasa lalu bertempat di halaman depan pejabat PWNU Jawa Timur yang turut disaksikan pihak polis wilayah bagi mengelak kejadian tidak diingini.
“Sebagai Muslim yang baik dan taat kepada ajaran Islam serta junjung tinggi martabat kemanusiaan, PWNU menerima ketulusan permohonan maaf ini,” kata Kiai Mutawakil kepada media. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Monday, 5 October 2015

Video: Ngeri… Wanita Ditetak Bertalu-Talu Di Port Dickson

108
606Shares
RAKAMAN video yang memaparkan aksi seorang wanita ditetak bertalu-talu oleh dua orang lelaki yang dipercayai suami dan rakan mangsa telah menggemparkan rakyat Malaysia.
Kejadian dikatakan berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan di mana menunjukkan wanita berkenaan ditetak bertalu-talu di hadapan rumahnya dan cuba dileraikan oleh seorang wanita lain yang dipercayai ibu mangsa namun gagal.
(Amaran! Paparan video kejadian mungkin akan mengganggu emosi, jika tidak kuat semangat dinasihatkan untuk tidak melihat.)
Bagaimanapun, pihak polis telah berjaya menahan kedua-dua suspek berkenaan 30 minit selepas kejadian berlaku setelah mendapat maklumat daripada ahli keluarga mangsa.
Menurut laporan daripada Sinar Harian, suspek berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan polis kira-kira jam 7 malam kelmarin di Plaza Tol Mambau selepas menetak seorang wanita berusia 20-an itu di kediamannya di Taman PD Utama, di sini kira-kira jam 6.30 petang.
Punca kejadian dikatakan adalah disebabkan hasrat mangsa yang membuat keputusan untuk bercerai dengan suspek, seperti mana yang diberitahu oleh seorang pengguna Facebook, Jay Alagan yang mengenali mangsa.
“Saya kenal perempuan ini. Baru semalam saya pergi melawat dia di hospital. Keadaan dia masih kritikal. Kedua-dua belah tangannya patah dan beberapa urat serta satu jari putus. Mangsa cedera parah di bahagian badan, tangan dan kepala,” katanya.
Menurut Jay, suami kepada mangsa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menuntut cerai darinya.
“Suami dia tidak puas hati apabila dia meminta untuk diceraikan. Lelaki ini juga pernah cuba membakar rumah dan mengugut mahu membunuh isterinya sendiri. Ibu bapa mangsa siap bagi video rakaman CCTV yang menunjukkan menantu mereka membaling botol petrol di rumah anak mereka. Sehinggakan jiran-jiran terpaksa keluar membantu memadamkan api kebakaran.
“Terancam dengan tindakan lelaki itu, bapa mangsa membuat laporan polis dan difahamkan sudah beberapa kali dibuat ke atas lelaki ini. Namun, pihak polis dikatakan tidak pernah mengambil apa-apa siasatan keatas lelaki itu dengan alasan bukti tidak mencukupi.
“Sebelum ni bapa perempuan tu da buat lima laporan polis terhadap menantu dia sebab dua kali dia cuba membakar rumah dan ugut nak bunuh anak perempuan dia tetapi polis tak ambil apa-apa tindakan disebabkan tidak ada bukti yang cukup. Bodoh!” ulas Jay dengan penuh marahnya.
“Sekarang, bila mangsa sudah cedera parah, baru polis mahu bertindak,” kata Jay yang kecewa pada polis yang didakwanya gagal bertindak cepat.
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan anggota badan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson. – MYNEWSHUB.CC