Sunday, 28 June 2015

GEMPAR!!! TANAH RUNTUH!!!...

GEMPAR!!! TANAH RUNTUH!!!...


JOHOR BAHARU: Enam buah rumah setinggan musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Tahana, Jalan Padu, Larkin di sini tengah malam tadi membabitkan kerugian kira-kira RM30,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah (I) Johor Baharu Selatan, Supt Abdul Wahib Musa, berkata kejadian itu jam 12.30 tengah malam membabitkan 24 mangsa warga Indonesia, terdiri daripada 11 lelaki, sembilan wanita dan empat kanak-kanak.

Bagaimanapun, semua mereka terselamat dalam kejadian itu di kawasan tapak pembinaan yang dipercayai untuk dijadikan kedai dan restoran bersebelahan kampung berkenaan, katanya selepas melawat tempat kejadian awal pagi ini.


"Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan kerugian dianggarkan sebanyak RM30,000 melibatkan enam buah rumah dan tiga buah motosikal motosikal, timbus, yang tertimbus," katanya.

Abdul Wahib, yang turut diiringi Timbalan Ketua Polis Daerah (II) Johor Baharu Selatan, Supt Mohd Nadzir Gulam Kadir, berkata ketika kejadian, lima rumah berpenghuni manakala satu tiada penghuni.

Buat sementara waktu, semua mangsa dipercayai tinggal dan mendapat perlindungan bersama saudara terdekat, katanya.

Mengikut Abdul Wahid, pihaknya akan menghubungi pejabat tanah pagi ini bagi memastikan tindakan selanjutnya diambil, selain meminta Syarikat Air Johor Sdn Bhd dan Tenaga Nasional Bhd menyambung semula bekalan air dan elektrik ke kawasan terjejas akibat kejadian itu.

Abdul Wahib berkata, kajian awal pihak bomba mendapati struktur tanah di kawasan itu masih berisiko berlaku runtuhan, terutama jika hujan.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut dan akan menghubungi pihak kontraktor serta menasihatkan mereka agar memberhentikan kerja-kerja pembinaan buat sementara waktu untuk menilai risiko keruntuhan tanah," katanya.

Kawasan Kampung Tahana, yang dipercayai didiami lebih 20 tahun lalu, mempunyai 31 buah rumah dengan kira-kira 200 penduduk.

Sementara itu, Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri, berkata 10 buah rumah di kawasan berdekatan disarankan berpindah kerana tidak selamat. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment