JOHOR BAHRU - Seorang pengguna media sosial, Sharafazleen telah memuat naik satu gambar yang memaparkan seorang wanita membawa anjing peliharaannya ke dalam pasar raya menggunakan troli pada hari ini.
Melalui apa yang ditulis oleh Sharafazleen, kejadian mengambil tempat di Tesco Plentong, Johor Bharu dan gambar terbabit dirakam sendiri olehnya.
Tindakan wanita terbabit telah mengundang kemarahan netizen yang lain yang menyifatkan wanita berkenaan tidak sensitif.
Lebih teruk, Sharafazleen juga turut berkata anjing tersebut siap terkencing lagi.
"Bawak anjing jalan2 ke ape??? Ltk dlm troli!!!! Siap terkencingg lagiii ������ @ Tesco plentong....", tulis beliau.
"Dah report tadi, tapi guard pun macam slow je," katanya.
Gambar terbabit telah mendapat lebih dari 2,000 perkongsian dalam masa lebih kurang Disebabkan itu, pihak TESCO tak semena-mena perlu menyamak dan melakukan sertu ke atas lebih kurang 500 troli dalam pasar raya berkenaan dengan bantuan AJK Masjid Plentong semalam bagi memastikan semua troli bersih dan suci untuk digunakan
- Tesco Malaysia terpaksa memanggil Ahli Jawantankuasa (AJK) Masjid Jamek Kampung Plentong Baru semalam untuk menyamak lebih kurang 500 buah troli selepas dua orang pengunjungnya bertindak biadab membawa masuk seekor anjing ke dalam pasar raya Tesco Extra Plentong kelmarin.
- Image viaFacebook Tesco Malaysia
- Bilal Masjid Jamek Kampung Plentong Baru, Omar Abd. Jalil berkata, dia yang mengetuai proses pembersihan troli berkenaan dihubungi oleh salah seorang pekerja Tesco tersebut sebelum dia ke pasar raya itu bersama dua lagi AJK masjid.


No comments:
Post a Comment