Friday, 18 September 2015

GEMPAR!!! TAMPAR IMAM KETIKA SOLAT JUMAAT.....



Tampar Imam: Polis Dedah Dakwaan Dari Suspek Mengapa Dia Berbuat Dimikian


Kuala Lumpur: Imam Masjid Negara Mohd Zuhairee Mohd Yatim ditampar dipercayai oleh lelaki Arab ketika sedang mengimamkan Solat Jumaat kira-kira 1.45 tengah hari tadi.

Menurut sumber Masjid Negara, kejadian berlaku ketika Mohd Zuhairee sedang mengimamkan solat Jumaat pada rakaat pertama sebelum lelaki terbabit datang dari arah belakang barisan makmum dan menolak mangsa.

Bagaimanapun kejadian berkenaan tidak terhenti setakat itu apabila suspek bertindak menampar muka Mohd Zuhairee dan menyebabkan imam berusia 37 tahun tersungkur.

"Ekoran kejadian itu suspek terus ditahan pegawai keselamatan Masjid Negara sebelum dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak polis," kata sumber berkenaan.

Sumber itu memberitahu, solat Jumaat terbabit bagaimanapun disambung semula oleh Mohd Zuhairee daripada awal rakaat pertama sehingga selesai.



“Siasatan mendapati suspek yang berusia 31 tahun itu seolah-olah tidak waras kerana dilihat bercakap seorang diri.

“Suspek mendakwa bahawa beliau mendengar suara halus yang memintanya untuk menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah memetik laporan dari TheRakyatPost.



Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan seterusnya. 






No comments:

Post a Comment